CURANG DENGAN ISTERI! dan berlaku kejam kepada anak-anak!
Bengah nak kongsi cerita tentang Manusia Kejam bertopeng syaitan ringkas dekat followers. Cerita tu pon berlaku tahun 2018 suatu ketika dahulu penah tergempar kisah kehilangan ibu yang mengandung bersama 2 orang anaknya yang dilaporkan oleh sipolan tersebut. Media dan semua rakyat kena tipu dengan dia.
Dia curang sebab isteri dia dah tak menarik (berisi) dan dia berjumpa dengan kenalan baru yang cantik. Sebab dia putuskan hubungan sering bertengkar dan alasan nak berpisah sangat tak munasabah! Memang gila la jalan cerita dia.. Lepas dia soal siasat sebab banyak keraguan dan mencurigakan akhirnya suspek berjaya diberkas atas kesalahan membunuh.. 😭
Korang boleh tengok dekat Netflix tajuk American Murder: The Family Next Door. Video yang diadaptasi dari kisah benar dan footage raw semua asli dari kehidupan yang berlaku. Editor dia susun cerita terbaik!
TAK PERNAH MENANGIS nak tengok cerita kat tv ni. Tapi bila tengok kisah benar tu berlaku.. teringat dekat anak dan isteri. Masa tu tengok sorang je bagi isteri tidur dan baru lepas tidurkan anak.. so boleh la menghayati.
Waktu yang nak mengalir airmata tu suspek menceritakan lepas dia tanam isteri.. tiba giliran nak membunuh anak yang kecil. Anak yang tidak berdosa dan tidak tahu apa-apa.. Suspek menekap nak melemaskan anaknya dan anak menjerit “DADY DONT! PLEASE DONT” masa tu jugak Bengah teremosi.. terus peluk cium anak sendiri... 😭
Kesimpulan dari kisah benar ni apa yang Bengah dapat dan ambil iktibar.. KALAU bergaduh dengan pasangan sebagai lelaki.. SABAR. Kalau tak mampu bersabar.. keluar dari ruang amarah itu dan ambil masa untuk redakan keadaan. Istighfar memang penting tapi secara fizikalnya belum tentu boleh tahan!
Tiap kali bila bergaduh dengan isteri benda entah apa-apa memang rasa nak ditangankan tapi.. apa yang diri ni dapat? Takde dapat apa pon. Orang kata kalau isteri membebel tengah marah kena pergi cepat peluk.. dah try buat tapi kena siku pulak! 😂
Bila isteri kurang akal ketika dia sedang marah. Suami kena bersabar, itu lelaki yang paling baik. Kerana sabar itu indah.. ada rezeki anak kedua atau ketiga? InsyaAllah.. family first 💙